Friday, July 15, 2011

"Saya buat demi Zahrah"


Demi masa depan anak, pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh sanggup menjadi seorang bapa dan suami yang tidak bahagia apabila dia bercadang menarik balik kes perintah kembali taat terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Jimmy, 31, membuat keputusan itu kerana tidak mahu anak sulungnya, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa masalah rumah tangganya.
"Saya buat demi anak. Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia asalkan boleh menjadi seorang bapa yang bahagia. Saya sedia berkorban," katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Sehubungan itu, dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat apabila dimaklumkan isterinya, Nursuhaila, 25, bersedia untuk tinggal bersama selepas habis tempoh berpantang.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Jimmy, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus memohon mahkamah menangguhkan kes nusyuz dan kembali taat yang difailkan oleh anak guamnya kepada tarikh lain berikutan perkembangan terkini itu.

8 Penyokong CHELSEA:

oshin-jamel on July 15, 2011 at 9:02 AM said...

semoga jimmy dpt kebahagiaan yg diimpikan =)

Unknown on July 15, 2011 at 10:20 AM said...

comeynye...akhirnya tercapai gak impian jimmy bergelar bapa walaupun tak bahagia...

eima on July 15, 2011 at 10:41 AM said...

wahhh byknye bj anak dara die

N A T A S Y A ツ on July 15, 2011 at 5:40 PM said...

semoge Jimmy dpt kebahagiaan yg die impikan, sian an kat die ? baru kawin, rumah tangge die da bergolak.

*comel la Zahrah <3

Unknown on July 19, 2011 at 11:24 AM said...

kan lagi manis kalau si isteri bergambar sekali, sekali pandang gambar atas tu macam jimmy yang si ibu, dahlah mukanya ala2 jambu gitu..
err..lulu apa perkembangan contest GA 'love to look gojes' yang hari tu? dah klua ke resultnya??

Daisy Gallery on July 20, 2011 at 12:19 PM said...

comel nye baby dia....

Afikah Aziz on July 20, 2011 at 2:06 PM said...

comet nye anak die :)

Unknown on July 20, 2011 at 3:13 PM said...

sangat comel..semoga ketabahan dan kesabaran itu berbalas

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!