Wednesday, July 6, 2011

Tergelincir


Dua gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sarat membawa muatan kayu getah dan papan lapis, tergelincir berhampiran Stesen Keretapi Kampung Baru, Tunjang di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang yang membabitkan tren dalam perjalanan dari Padang Besar ke Alor Setar itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, pihak bomba menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.05 petang.

"Kereta api ini tergelincir dari landasan dan kini kerja mengalihkan gerabak tergelincir sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui di Stesen Keretapi Kampung Baru di sini, hari ini.
Menurut seorang penduduk kampung itu, Mohd. Amirul Aman, 14, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Saya terdengar bunyi yang kuat dan ternampak ada gerabak keretapi tergelincir dari landasan.
"Saya terus memaklumkan kepada rakan-rakan yang tinggal berhampiran rumah saya untuk melihat gerabak ini," katanya.


Tambahnya, sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian berkenaan di kampungnya dan dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ingat ke jadi kat india..rupanya kat negaraku..

Kancil 8349 on July 6, 2011 at 9:58 AM said...

dah tua landasan kereta api kita nie...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!