Monday, July 11, 2011

Tuntut Ganti Rugi


Seorang juruteknik memfailkan saman ganti rugi dan malu berjumlah kira-kira RM320,000 terhadap bekas tunangnya kerana membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir iaitu seminggu sebelum tarikh berkenaan, tanpa alasan munasabah.

Nik Mustafa Nik Daud, 30, yang juga plaintif hadir bersama peguam Mohd Ridzuan Muhamad untuk memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.
Dalam saman berkenaan, bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, dari Tanah Merah dinamakan sebagai defendan.
Berdasarkan penyata tuntutan, Nik Mustafa yang bekerja di Kuala Lumpur, mendakwa Azlina bersetuju melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun lalu di rumah wanita itu, manakala majlis di pihak lelaki pula pada 10 Jun.

Nik Mustafa mendakwa persiapan kenduri disusun dengan teratur, termasuk majlis di pihaknya di Tanah Merah dengan menempah perkakas kenduri daripada pembekal, menjemput 1,000 tetamu, membeli lembu dengan anggaran RM2,700, tempahan ayam (RM1,504), jurukamera (RM2,000), kos pengurusan antara Kuala Lumpur-Kelantan (RM1,500) dan bayaran pihak keluarganya berarak ke majlis pengantin perempuan RM400.

Bagaimanapun, seminggu sebelum tarikh perkahwinan pada 8 Jun, Azlina membatalkannya pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah, menyebabkan Nik Mustafa tidak dapat menerima hakikat itu sehingga menjejaskan tumpuan kerja dan memaksanya mengambil cuti sakit.

Nik Mustafa cuba mendapatkan kepastian berhubung pembatalan perkahwinan itu daripada Azlina tetapi gagal mendapat alasan munasabah, sebaliknya defendan ada menyatakan sesuatu berkaitan kehadiran kekasih lama mengganggu perhubungan antara mereka.
Rentetan tindakan Azlina membatalkan perkahwinan itu, ia menjurus kepada kemungkiran janji berkahwin walaupun persiapan sudah dibuat, sekali gus dengan sengaja memburukkan nama Nik Mustafa dan keluarganya.


Majlis perkahwinan juga ditukar menjadi majlis kesyukuran kerana persiapan sudah dibuat, menyebabkan laporan polis dibuat plaintif untuk menuntut saman malu dan ganti rugi sewajarnya di mahkamah.

Nik Mustafa memohon penghakiman terhadap Azlina dan menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi malu RM200,000 atau ditaksirkan, ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan RM100,000 atau ditaksirkan, ganti rugi khas RM4,457.53, ganti rugi kos hangus RM17,100 dan/atau ditaksirkan, dan permohonan maaf dalam satu halaman akhbar berbahasa Melayu selama tiga hari berturut-turut selepas draf permohonan maaf diluluskan mahkamah.

Sementara itu, Azlina ketika dihubungi berkata, pihaknya sehingga petang semalam masih tidak diberitahu berhubung saman itu sama ada daripada Nik Mustafa atau Mohd Ridzuan.
“Sehingga kini (petang semalam) tiada pihak memaklumkan mengenainya kepada saya, jadi saya perlu tunggu surat mahkamah terlebih dulu,” katanya.





.

5 Penyokong CHELSEA:

normala_ali on July 11, 2011 at 12:01 PM said...

ishk xkn la sampai nk saman...

p/s: lulu dear tukar template erk.. header pon baru.. cantek nya.. ehhehehe... (^_^)

zuwaidah on July 11, 2011 at 12:59 PM said...

tak baik buat mcm tu...kenduri kawin bukan boleh dibuat main2. persiapan dah buat, kalau dibatalkan saat akhir, sudah menjatuhkan maruah dan air muka pasangan dan kaum keluarga. Kena fikir dulu sebelum buat sesuatu. Kalau Cik Azlina terkena mcm tu, tak ke nanti meroyan pulak

Ce'gu JAERA on July 11, 2011 at 1:20 PM said...

salu jadi kes macam ni... kes membatalkan perkhwinan pada saat akhir.. heran kan.. napa lah tak fikir2 panjang dulu

Nini D.. on July 11, 2011 at 2:59 PM said...

sekarang semua org suka main saman2....

nurul on July 11, 2011 at 5:30 PM said...

sampai macamtu sekali..hmm..oklah tu,batal sebelum kahwin,daripada masalah dtng lepas kahwin cerai pulak..he2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!