Friday, August 5, 2011

Apa ada dalam sarung bantal?


Polis menemui kepala seorang wanita ketika melakukan pemeriksaan lanjut petang semalam susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah kediaman di tingkat lima, Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas di sini, kelmarin.

Kepala wanita berambut kerinting dan berkulit sawo matang itu ditemui disembunyikan dalam sarung bantal di sebuah bilik kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata polis kemudian menghantar kepala wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati dua tubuh manusia ditemui di kediaman itu iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia antara lima atau enam tahun dan seorang wanita berusia lewat 20an.

“Kaki kiri yang ditemui di dalam bilik air kediaman berkenaan adalah milik kanak-kanak terbabit yang mana bahagian badannya masih lengkap manakala anggota badan manusia yang dikerat beberapa bahagia itu pula milik wanita berkenaan.

“Badan kanak-kanak terbabit kemudian dibungkus di dalam plastik bersama beberapa bahagian tubuh wanita yang dikerat itu sebelum disembunyikan di atas siling,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti identiti sebenar kedua-dua mangsa selain meneliti laporan orang hilang.

Semalam akhbar ini melaporkan tanda tanya bau busuk yang dihidu penduduk Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, sejak Sabtu lalu terjawab selepas penemuan beberapa anggota badan manusia yang dikerat lebih 15 bahagian, petang kelmarin.

Penemuan mayat oleh penduduk terbabit yang memeriksa sebuah kediaman di blok berkenaan yang tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu itu selepas tidak tahan dengan bau busuk.

Hasil pemeriksaan itu penduduk menemui kaki kiri manusia selain beberapa organ manusia seperti usus dan perut di dalam mangkuk tandas di tempat sama kaki ditemui sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.





.

7 Penyokong CHELSEA:

emarieys on August 5, 2011 at 9:17 AM said...

manusia semakin kejam

Ce'gu JAERA on August 5, 2011 at 9:27 AM said...

mangsa jenayah di mana2.. hati2 lah kita...

arituarini on August 5, 2011 at 9:31 AM said...

enth sapa la tuu..mcm2 kt mlysia skang ni...

indahhiasan on August 5, 2011 at 9:41 AM said...

dasyat sungguh..agaknye orang yang membunuh tu dah memang tak de sifat manusia..

LyaLuna on August 5, 2011 at 10:03 AM said...

lorrrr mcm2 laa. mnusia skunk da tade sift mnusia da... baek jd bintgg leee

http://yanadimple.blogspot.com/

diya on August 5, 2011 at 10:17 AM said...

dulu, kes mona fendi kita rase paling kejam.
sekarang, smpai tak terkata mana yg kejam.
sebab dah kejam2 blake =.='

Nini D.. on August 5, 2011 at 11:19 AM said...

tanda dunia dah nak kiamat...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!