Sunday, August 21, 2011

Bayi Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

Seorang bayi lelaki maut setelah tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM252.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, Sabtu.
Jurucakap polis berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa hujan lebat ketika kedua-dua buah kereta terbabit sedang menuju arahutara.
Difahamkan kedua-dua buah kereta itu hilang kawalan lalu terbabas di tepi lebuh raya berkenaan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
Jurucakap itu berkata bapa, dan ibu bayi itu serta seorang lagi anggota keluarganya bagaimanapun terselamat. Setakat ini, identiti kesemua mangsa belumdikenal pasti.
Pemandu sebuah lagi kereta turut terselamat.
Dua buah jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba Senawang dan Rembau tiba ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersepitdi bawah kereta.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Liza @ Adzriel AB on August 21, 2011 at 11:17 AM said...

sedihnya kak liza baca berita ni. area senawang memang bahaya.

Ce'gu JAERA on August 21, 2011 at 11:25 AM said...

tima kasih Lulu.. bila baca blog ni, banyak sekali memaparkan kemalangan2 ngeri menjelang Syawal ni..
ya Allah, rasa insaf nak bawa laju2 lepas ni.. huhuhu

Unknown on August 21, 2011 at 12:02 PM said...

Keciannya..Nak raya ni kena lah berhati-hati. Tapi tu lah malang tak berbau.

Kasih seorang Ayah..Hayatinya bersama

Nisa Greennnpanda on August 21, 2011 at 2:17 PM said...

siannye... bahaya btul..

btw, thanks msukkn blog sy dlm bloglist, hehe..

Nini D.. on August 21, 2011 at 3:17 PM said...

subhanallah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!