Wednesday, August 24, 2011

'Dibaringkan dekat mayat suami'


Seorang isteri, Sumriyah Arup, 35, mungkin tidak akan melupakan detik dia dibaringkan berhampiran jasad mayat suami, abang ipar dan sepupu mereka yang maut selepas dipanah petir di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan di Jalan Kerja, Glenmarie di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 2.40 petang itu, Sumriyah dan dua lagi mangsa iaitu Mat Rasid Sadin, 20, dan Ropie, 30, terselamat sementara suaminya, Surady Muhammad, 45; abang iparnya, Mohd. Nasir, 46, dan sepupu mereka, Shafie, 30, meninggal dunia.

Menurut Sumriyah, sebelum kejadian dia yang menjaga kantin pekerja di tapak binaan sedang mencuci pinggan mangkuk sementara beberapa pekerja termasuk suaminya berteduh di depan dan di dalam rumah kongsi kerana hujan lebat.
Ketika itu, kawasan tapak binaan tersebut dinaiki air sehingga ke paras buku lali.

"Tiba-tiba saya rasa seperti terkena renjatan elektrik dan rebah. Saya kemudian rasa badan diangkat masuk ke dalam rumah dan dibaringkan di atas lantai. Berhampiran saya terbaring suami, abang ipar dan sepupu yang sudah tidak bernyawa," ceritanya sambil mengalirkan air mata.
Sumriyah yang baru dibenarkan keluar daripada wad wanita Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ditemui di pekarangan unit pesakit luar hospital itu hari ini.

Menurut ibu yang mempunyai dua anak perempuan berusia 13 tahun dan lapan tahun itu, dia berkahwin dengan Surady lebih 13 tahun lalu di kampung halaman mereka di Jawa Timur, Indonesia dan kemudian merantau ke Malaysia tanpa anak-anak untuk mencari rezeki.

"Saya pulang ke Jawa Timur untuk menjaga anak-anak dan datang menjenguk suami yang bekerja di Sepang lima bulan lalu. Kira-kira 20 hari lepas kami pindah ke kongsi baru (di Glenmarie) dan tidak sangka suami saya akan meninggal dunia," katanya.
Menurut Sumriyah, dia akan pulang ke Jawa Timur malam ini sementara jenazah suami dan dua pekerja lain akan dihantar pulang esok.

Sementara itu, Mat Rasid yang masih dirawat di wad lelaki HTAR kelihatan lemah dan tidak mampu bercakap. Dia ditemani abangnya, Mat Dashir Sadin, 31, yang turut terkena renjatan semasa kejadian semalam tetapi tidak serius.

"Kami semua sedang berehat di kawasan kantin kongsi kerana hujan lebat. Ada yang berteduh di luar dan ada yang duduk di dalam. Tiba-tiba, saya rasa kejang dan jatuh bersama mereka yang ada di dalam dan luar kongsi. Kami langsung tidak dengar bunyi petir," ceritanya.

Dalam pada itu, Pengarah HTAR, Dr. M. Sukumar ketika dihubungi memberitahu, tiga mayat mangsa yang maut dipanah petir belum dituntut dan hanya seorang mangsa yang terselamat masih dirawat kerana masih belum kuat untuk berjalan.



.

6 Penyokong CHELSEA:

Eliza Sulaiman on August 24, 2011 at 9:05 AM said...

kesiannyaaa!

:(

Puan Eka on August 24, 2011 at 9:40 AM said...

kesian sangat..huhuhuhu

Ce'gu JAERA on August 24, 2011 at 10:10 AM said...

Semua dah takdir.. perlunya kita berhati2 dengan petir lepas ni...

Hanis Azla on August 24, 2011 at 10:11 AM said...

sedihnya..

SITI NOARIZAH ARIS on August 24, 2011 at 12:15 PM said...

Tragedi di bulan ramadhan...Al-fatihah pd yg terkorbam.

ieda =.= on August 24, 2011 at 3:23 PM said...

Al-Fatihah..

sedihnya....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!