Wednesday, August 24, 2011

Mati ditimpa konkrit


Seorang tukang rumah yang cuba menanggalkan beberapa kayu sokongan di bawah jambatan yang sedang dibina di Lati di sini maut akibat ditimpa timbunan konkrit dan pasir hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, Ibrahim Awang Kechik, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala setelah dihempap konkrit tersebut.

Mayat mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap dan berkopiah hanya dikeluarkan selepas sejam kerana terpaksa menggunakan dua buah jengkaut bagi mengangkat konkrit yang menghempapnya.
Rakan mangsa, Mohd. Rosli Ibrahim, 55, berkata, ketika kejadian mangsa turun ke dalam parit besar di hadapan kedai yang sedang mereka ubah suai untuk mengeluarkan kayu sokongan dan papan lapis dari bawah jambatan itu.

"Tiba-tiba saya mendengar bunyi yang kuat. Saya turun ke bawah dan terkejut apabila melihat jambatan konkrit itu ranap, mungkin disebabkan beban yang berat selepas kayu sokongan ditanggalkan. Malah, ia mungkin berat kerana di atas jambatan ini terdapat timbunan pasir," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Sementara itu, anak mangsa, Siti Sarah, 20, berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap bapanya sejak beberapa hari lalu petanda dia akan pergi selama-lamanya.


"Sepanjang Ramadan, ayah berniaga air soya di hadapan rumah tetapi semalam tiba-tiba dia pergi bertemu dengan pembekal air soya dan memaklumkan semalam hari terakhir dia berniaga dan tidak mahu lagi mengambil bekalan daripadanya.
"Saya reda dan menganggap kehilangan ayah sebagai takdir Allah untuk kami sekeluarga," kata pelajar tahun 4 Fakulti Syariah Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).



.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on August 24, 2011 at 10:16 AM said...

dah takdir.. semoga arwah bersemadi dengan tenang di sana. al-Fatihah.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!