Monday, August 29, 2011

Dua maut dalam nahas ngeri

Dua maut dalam kemalangan ngeri apabila sebahagian otak seorang kanak-kanak berusia lima tahun bersepai dan berselerak dalam kemalangan di Jalan Dato Seri Haji Mohd. Zain, Batu Berendam di hadapan Pasar Raya Cowboy di sini malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal yang dinaiki tiga mangsa dengan sebuah lori.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal, C. Ramesh, 42, atau nama mualafnya, Mohd. Ikhwan Abdullah dan pembonceng seorang kanak-kanak, A. Pavitra, 5.
Menurutnya, seorang lagi pembonceng, M. Geetha, 34, ibu kepada kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

"Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.10 malam apabila sebuah lori yang datang dari Lebuh AMJ menuju ke Pasar Raya Cowboy membelok ke arah Jalan Teknologi Cheng 16 secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan mengejut pemandu lori tersebut menyebabkan motosikal yang dinaiki oleh ketiga-tiga mangsa tersebut yang datang dari arah sama tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang lori itu.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu, ketiga-tiga mangsa melambung ke atas jalan raya dan kepala seorang kanak-kanak pecah manakala sebahagian otak bertaburan di atas jalan raya.
Gunasegaran berkata, pemandu lori berkenaan yang melarikan diri selepas kemalangan itu bagaimanapun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!