SEBUAH rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang didakwa dijadikan kelas tuisyen bagi pelajaran Bahasa Inggeris, manakala gambar kecil, beberapa murid Melayu menunjukkan bahan bacaan yang diajar di kelas tuisyen itu.
Dua adik-beradik Melayu yang belajar di sebuah tempat tuisyen yang didakwa cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus, memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa yang dibuat oleh guru di situ adalah salah.
Ketika menemu bual adik-beradik berkenaan mendapati kedua-dua mereka mengaku telah diajar menyanyi beberapa lagu yang mempunyai unsur agama Kristian sewaktu belajar di tempat tuisyen berkenaan.
Ketika ditanya, murid lelaki berusia tujuh tahun tersebut memberitahu, guru tuisyen itu akan membawanya berjalan-jalan kalau mendapat markah yang tinggi.
“Kalau tak nyanyi tolak markah. Ada kawan-kawan yang dibawa ke Genting Highlands dan tengok wayang,” katanya.
Kakaknya yang berusia 12 tahun pula memberitahu, mereka juga diajak menonton video yang disimpan di dalam komputer guru berkenaan setiap kali kelas berlangsung.
“Markah akan ditolak kalau tidak tengok cerita. Kalau markah kosong nanti boleh kena buang dari tuisyen. Kena tengok cerita sampai habis. Cerita itu macam kartun pasal Jesus dengan banyak episod seperti pasal macam mana dilahirkan dan kematiannya.
“Kuiz akan dibuat dan mereka dapat markah tertinggi dapat hadiah. Saya juga pernah dibawa pergi berkelah di Sungai Congkak,” ujarnya.
Menurut murid itu lagi, selain lagu dan video, setiap kali ulang tahun kelahiran, guru berkenaan akan mengadakan parti dan memberi hadiah, begitu juga ketika Krismas.
Menurutnya lagi, mereka tidak pernah memberitahu ibu bapa mereka tentang perkara tersebut.
Adik beradik dari keluarga miskin itu dan rakan-rakan mereka yang lain diberi tuisyen bahasa Inggeris secara percuma oleh guru berkenaan dan juga guru-guru lain di tempat tuisyen tersebut.
Apabila ditanya mengenai Jesus, dia menjawab: “Dia adalah Tuhan cikgu (guru tuisyen tersebut). Kawan-kawan yang sama belajar di situ beritahu saya, mereka kasihankan Jesus sebab cikgu kata dia mati kena paku.”
Budak perempuan itu bagaimanapun memberitahu dia “tidak rasa apa-apa” apabila ditanya perasaannya apabila diajar lagu-lagu tersebut atau disuruh menonton video tentang Jesus.
Pertemuan kedua-dua beradik itu dengan Utusan Malaysia turut disertai oleh dua lagi rakan mereka yang juga belajar di tempat tuisyen sama.
Keempat-empat mereka turut memperdengarkan lagu yang diajar oleh guru tersebut yang antara lain liriknya berbunyi:
“Hari ini ku rasa bahagia, berkumpul bersama saudara seiman, Tuhan Yesus sudah satukan kita, tanpa memandang di antara kita. Kau sahabatku, kau saudaraku, tiada dapat memisahkan kita.”
.
2 Penyokong CHELSEA:
ishhh bahaya nya skrg nie....kena lebih berhati2
dulu ada juga cerita tentang sebuah tadika swasta yang mengajar kanak2 tentang bacaan doa makan secar jesus. tu sebab kita tidak di galakkan menghantar anak2 kita d pusat swasta yang dikendalikan oleh pemilik bukan muslim
Post a Comment