Monday, August 15, 2011

Kebakaran: 16 tinggal sehelai sepinggang


Hasrat sebuah keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di sini, dengan pakaian baru yang disediakan lebih awal, berkecai apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa, tawau di sini, malam tadi.
Kebakaran yang dipercayai bermula kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan semua 16 ahli keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa, Adawiyah Lambong, 56, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barang berharga termasuk pakaian baru untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana semasa kejadian berada di masjid berhampiran.
"Sebaik sahaja menerima panggilan kejadian itu, saya berlari ke rumah tetapi malangnya api marak begitu cepat.

"Saya amat sedih kerana semuanya telah musnah dalam sekelip mata termasuk persediaan kami untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata, dua buah jentera dan 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8.22 malam dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8.39 malam.



.

4 Penyokong CHELSEA:

maszull on August 15, 2011 at 10:46 AM said...

salam...kesian nya mereka dah nak raya begini diduga dgn ujian dr Allah...

semoga mereka redha akan ketentuan Allah...:)

Kancil 8349 on August 15, 2011 at 11:07 AM said...

Kesiannya mereka...memang mereka diuji daripada Allah...

CIK PARO! on August 15, 2011 at 11:08 AM said...

Dugaan bulan puasa..
HArap mereka tabah.

aizamia3 on August 15, 2011 at 1:48 PM said...

moga mereka tabah dalam menghadapi dugaan..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!