Lebih memilukan hatinya, suami tercinta, Mohd. Nooh Mohamad yang berasal dari Kampung Belukar Juling, Endau telah meninggal dunia Februari tahun lalu akibat sakit tua pada usia 91 tahun.
Sejak itu, Gayah menjalani kehidupan sendirian dan menumpang teduh di sebuah bilik kecil di deretan rumah kedai di Pekan Endau dekat sini sejak tahun lalu.
Dia yang berasal dari Terengganu terpaksa meneruskan sisa-sisa kehidupan seorang diri kerana tidak mempunyai anak atau saudara mara di sini.
"Saya hanya bergantung bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing sebanyak RM300 sebulan untuk menampung kehidupan," katanya.
Menurutnya, bilik kecil yang didiaminya itu adalah hasil belas ihsan orang ramai di sekitar pekan tersebut yang simpati melihatkan nasibnya.
Keadaan bilik yang sempit dan agak gelap itu tidak ubah seperti sebuah setor barangan yang hanya mempunyai sebuah katil, meja kecil dan para dapur menyimpan makanan.
"Saya bersyukur dan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang penyakit," katanya sambil memberitahu akan ke surau berhampiran jika ingin membuang air kerana bilik berkenaan tidak mempunyai tandas.
Melihat keadaan rumah dan nasib yang menimpa warga emas itu, sokongan serta bantuan amat diperlukan baginya untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa agar kesihatan dan keselamatannya lebih terjamin.
P/S - Macam manalah agaknya kita dihari tua kita??
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment