Salah satu tanda-tanda kiamat seperti dalam hadis Nabi Muhammad adalah ketika manusia berlumba-lumba dengan bangunan megah dan tinggi. Kemungkinan besar tanda yang digambarkan oleh Rasulullah itu bakal muncul di Arab Saudi, negara yang menerapkan syariat Islam.
Sebab, mereka telah merancang membangunkan bangunan tertinggi di dunia yang akan diberi nama Menara Kerajaan (Kingdom Tower). Projek yang memakan belanja yang sangat besar ini akan berdiri di kota pelabuhan Jeddah. Pembangunan bangunan setinggi hampir 2 kilometer ini dianggap bakal selesai dalam 5 tahun. Setakat ini, belum diketahui bila projek itu akan dimulakan.
“Kami merasakan sensasi untuk membantu Yang Mulia (Pangeran Walid) mewujudkan rencana ini buat Kerajaan,” kata Gordon Gill dari pasukan arkitek AS+GG yang ikut merancang reka bentuk Menara Kerajaan. Projek ini bakal digarap oleh Bin Ladin Grup, perusahaan kontraktor ternama di Saudi yang merupakan milik keluarga arwah pemimpin Al-Qaidah, Osama Bin Ladin.
Jika siap, Menara Kerajaan akan lebih tinggi 50 tingkat berbanding Burj Khalifah di Dubai, bangunan yang sekarang masih memegang rekod bangunan tertinggi sejagat sejak dirasmikan Januari tahun lalu. Tinggi menara kerajaan itu akan mencapai 1.6 kilometer, sedangkan Burj Khalifa 828.14 meter. Kerana tingginya, perlukan selama 12 minit untuk sampai ke puncak Menara Kerajaan dengan lif.
Projek ini bakal dibiayai oleh Pangeran Al-Walid bin Talal al-Saud.
.
2 Penyokong CHELSEA:
dunia semakin smpai ke penghujung nya,.
Your point is valueble for me. Thanks!
My site:
rachat de credit www.rachatdecredit.net
Post a Comment