Sunday, August 7, 2011

Lima lemas terjun sungai


Lima lelaki yang sedang leka berjudi ditemui mati lemas hari ini selepas terjun ke dalam Sungai Muda di Kuala Lengkuas, Bukit Selambau dekat sini ketika cuba mengelak daripada ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.

Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 60 tahun ditemui terapung di sungai berkenaan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Mayat pertama ditemui pukul 2 petang, diikuti mayat kedua pukul 5.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dikatakan terjun.
Mayat ketiga pula ditemui pukul 7.30 petang manakala dua mayat terakhir ditemui serentak pukul 7.45 petang ini.

Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Lai berkata, lebih 30 lelaki dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung itu kira-kira pukul 6 petang semalam.
"Selepas menyedari polis mengadakan serbuan, kesemua mereka melarikan diri dan ada yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditangkap," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Difahamkan, tujuh daripada mereka terjun ke dalam sungai itu ketika serbuan. Dua lagi dipercayai dapat menyelamatkan diri.
Lai berkata, kumpulan itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menahan 12 lelaki yang terlibat dalam perjudian yang dinamakan 'judi belangkas' itu.

"Mayat kesemua lima lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Ainie Yusof on August 7, 2011 at 10:52 AM said...

kat tmpat sy ni..smlm pg tp blm jmpa mayat lg...

Liza @ Adzriel AB on September 26, 2011 at 9:33 AM said...

mati selepas main judi.. malangnya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!