Tuesday, August 23, 2011

Mangsa ketujuh mercun bola putus jari telunjuk


Ketika rakan-rakan seusianya sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila mercun bola yang dinyalakan meletup secara tiba-tiba di Kampung Laka dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa, Noor Saipul Mohammad yang juga murid Sekolah Sri Ketereh dekat sini putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.

"Saya pasang mercun bola itu menggunakan api dari dapur gas. Sebaik sahaja saya mencucuh mercun itu, ia terus meletup tanpa sempat dibuang menyebabkan jari saya cedera.

"Saya terus memberitahu ibu yang ketika itu sedang menggosok pakaian dalam rumah. Dia kemudian membawa saya ke klinik," katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) hari ini.

Noor Saipul merupakan mangsa ketujuh yang mengalami kecederaan serius termasuk putus jari akibat bermain mercun bola.
Tambahnya, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku dan tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan.




.

4 Penyokong CHELSEA:

nurkaloi on August 23, 2011 at 9:49 AM said...

tu laaa len kali men mercun bawang tu jerk hahah

Irrahady on August 23, 2011 at 10:10 AM said...

dari dulu lagi walaupun dah ramai mangsa terkena..masih ramai lagi yg xsedar

Ce'gu JAERA on August 23, 2011 at 10:20 AM said...

two words ----> PADAN MUKA

Ct Arina on August 23, 2011 at 4:52 PM said...

niat dorang nak berseronok. maklum la budak2. kite larang pun klu dah namanye budak2. takde sape nak main then lepas tu jd mcm ni kan? kite dulu kecik2 pun same je. tak baik Gen2Merah MEMADANKAN MUKE orang mcm tu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!