Friday, August 26, 2011

Mangsa nahas baru pulang membeli-belah baju raya


Empat remaja, termasuk dua yang dalam perjalanan pulang selepas membeli baju raya, maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini dan simpang tiga Jalan Kampung Kempadang, Kuantan, awal pagi semalam dan malam kelmarin.

Kejadian di Kilometer 26, Lebuh Raya AMJ membabitkan tiga kereta berlaku jam 3.20 pagi ketika Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila Sa-zali, masing-masing 21 tahun menaiki Perodua Kancil, dalam perjalanan pulang ke Merlimau selepas membeli belah di bandar Melaka.

Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata kenderaan mangsa dirempuh dari belakang oleh Proton Wira yang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Pada masa sama, sebuah kereta Ford juga dipercayai dipandu laju juga merempuh kereta mangsa.

“Akibat rempuhan itu, Mohammad Izuan Abdul Majid dan Farah Nabila mati di tempat kejadian.

“Pemandu Proton Wira dan Ford bersama seorang lagi penumpangnya yang identiti mereka belum dikenal pasti, parah dan dimasukkan ke Hospital Muar,” katanya di sini, semalam.
Mohammad Izuan berasal dari Taman Mahkota 1, Mersing, Johor, manakala Farah Nabila dari Parit Raja, Johor dan masih menuntut di Politeknik Merlimau.

Pemeriksaan ke atas Perodua Kancil yang dinaiki Mohammad Izuan dan Farah Nabila, polis menemui beberapa helai pakaian termasuk seluar yang baru dibeli mereka, dipercayai untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.




.

7 Penyokong CHELSEA:

Nabila Wahab on August 26, 2011 at 10:22 AM said...

Astaghfirullahalazim.. sgt sadis.. Al-fatihah utk arwah..

azu on August 26, 2011 at 10:24 AM said...

malang tak berbau. berhati-hati di jalan raya. Raya dah nk dekat..ingat orang tersayang..sedihnya tgk pic tu..lg sedih family diorg..
singgah2 entry baru azu sempena hari raya. tq
http://azumie.blogspot.com/2011/08/seronok-ke-raya-berdua.html

Unknown on August 26, 2011 at 10:32 AM said...

Alfatihah..

Liza @ Adzriel AB on August 26, 2011 at 10:48 AM said...

sedihnya baca berita2 begini

Aziela on August 26, 2011 at 11:01 AM said...

Melaka memang rumah kita dan Kempadang pula memang tempat hubby. Seriaunyer... kadang2 kita dah berhati2, tapi orang lain yang jadi penyebab maut...

Ce'gu JAERA on August 26, 2011 at 5:01 PM said...

hajat yang tak kesampaian.. al-fatihah..

myra ashrul on August 27, 2011 at 10:52 AM said...

;( al-fatihah untuk arwah .
arwah satu course dengan kita lulu . same tempat belajar .
kesian mereka . semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman .

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!