Tuesday, August 9, 2011

Maut bersama kereta baru


Impian seorang pemandu jentera berat untuk menyambut hari raya bersama keluarga dalam suasana lebih meriah dengan kereta yang baru dibelinya musnah apabila dia maut dalam nahas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang hari ini di Gemuruh dekat sini, kereta yang dipandu Abdullah Tahir, 55, terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.

Mangsa yang dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk tersepit dalam kereta jenis Honda Civic yang remuk teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Abdullah dari Kampung Basung, Hulu Terengganu bersendirian ketika kejadian dan dipercayai dalam perjalanan dari Setiu menuju ke Kuala Terengganu.

Menurut seorang rakannya, mangsa mengeluarkan wang simpanannya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini untuk membeli kereta Honda Civic terpakai itu.
"Bagaimanapun, saya tidak menyangka dia akan meninggal dunia bersama kereta yang baru dibelinya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dalam pada itu, pemandu lori, Azhan Mat Yusof, 36, yang terbabas ke bahagian kiri jalan akibat kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Azhan ketika ditemui berkata, dia menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Abdullah terbabas dan memasuki laluannya.

"Saya rasa dia mungkin tertidur kerana kereta yang dipandunya terus menuju ke arah lori saya dan saya hanya sempat elak sikit saja sebelum terbabas," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.



.

3 Penyokong CHELSEA:

fRaMe+LenSeS on August 9, 2011 at 11:21 AM said...

innalillah. T.T

Ce'gu JAERA on August 9, 2011 at 1:12 PM said...

untuk kita renungi... Allah swt akan memberi Rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan tubuh badan pada kita. Namun kita juga perlu tahu bila2 masa saja Allah akan tarik balik kesemuanya... sentiasalah beramal ibadat..

AyiLarimA on August 9, 2011 at 6:59 PM said...

alfatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat. amin..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!