Monday, August 22, 2011

Maut kereta terbabas masuk parit


Seorang joki lumba kuda maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terbabas dan terjunam dalam parit sedalam empat meter di Jalan Medan Ipoh 1, bersebelahan dengan bangunan pusat pemprosesan sisa kumbahan Indah Water di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.39 pagi, Lim Cheng Woei, 27, mati di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan selain pendarahan di kepala.

Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan dengan bantuan Anggota Bomba dan Penyelamat selepas kenderaannya terhumban ke dalam parit dalam keadaan mengiring.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Medan Ipoh 1 menghala ke Medan Ipoh.



.

1 Penyokong CHELSEA:

eiela on August 22, 2011 at 1:32 PM said...

sampai macam tuh sekali rupanya.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!