Monday, August 1, 2011

Nasib baik diampunkan..


Seorang lelaki Iran terlepas hukuman dibutakan matanya hari ini kerana menyimbah asid ke muka seorang pelajar perempuan, selepas diampunkan mangsanya pada saat-saat akhir sebelum hukuman dilaksanakan.
Laman web televisyen negeri, ISNA berkata, mangsa yang buta akibat serangan asid, Ameneh Bahrami, 24, membuat keputusan untuk melepaskan haknya menuntut pembalasan dan meminta supaya penyerangnya, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas iaitu dibutakan matanya, dimaafkan.

Majid dijatuhkan hukuman itu pada 2009 selepas didapati bersalah menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya selepas wanita itu berulang kali menolak lamaran untuk berkahwin dengannya, namun hukuman tersebut ditangguhkan oleh pegawai tanpa menyatakan sebarang sebab.

Menurut Ameneh, dia memaafkan penyerangnya itu kerana Tuhan ada mengatakan pelaksanaan hukum qisas dalam kitab Al-Quran namun turut dinyatakan bahawa kemaafan lebih baik daripada qisas.
“Saya berjuang selama tujuh tahun untuk membuat keputusan bagi membuktikan kepada semua orang bahawa individu yang menyimbah asid perlu dijatuhkan hukuman qisas, namun hari ini saya memaafkan dia kerana ia adalah hak saya. Malah saya lakukan untuk negara ini, kerana dunia melihat apa yang kita mampu lakukan,” katanya.

Pendakwa raya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi memuji keputusan Ameneh itu dan menyatakan pihak mahkamah mungkin meneruskan hukuman tersebut namun wanita tersebut menuntut wang pampasan sebagai ganti terhadap kecederaan serius yang dialaminya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Judh on August 1, 2011 at 2:00 PM said...

trend terbaru nak mengenakan org =.=
simbah jeee >.<

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!