Hasrat seorang jurukimpal berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian setelah dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Teluk Lipat, Sura Hujung berhampiran Kelab Golf Desa, di sini Khamis.
Mangsa Ahmad Sofri Badaruddin, 23, dari Kampung Jalan Bunga Raya, di sini maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.
Kejadian yang berlaku kira-kira 7 petang apabila kereta yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok.
Akibat rempuhan itu menyebabkan kereta yang dipandu Ahmad Sofri terputus dua dan mangsa tercampak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mayat di hantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.
Menurut abang mangsa Ahmad Sobri, 35, dia hanya berjumpa dengan adiknya itu kira-kira lima minit sejurus dia tiba ke kampung untuk pulang beraya.
Katanya Ahmad Sofri tidak bercakap banyak dan hanya memberitahu semua persiapan untuk berbuka puasa bersama anggota keluarga yang lain sudah tersedia.
"Hanya itu yang arwah maklumkan sebelum keluar dengan memandu kereta saya dan beberapa minit selepas itu kami sekeluarga dimaklumkan arwah terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Dungun.
.
2 Penyokong CHELSEA:
musim2 perayaan ni, inilah yg paling takut, banyak sangat eksiden
apapun, selamat hari raya lulu =)
sampai bila kes2 kemalangan ini akan redha... hati2 d jalan raya
Post a Comment