Monday, August 15, 2011

Tetap Pendirian

Hadith: 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.

Huraian Hadith: 
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.




.

3 Penyokong CHELSEA:

aamalinaazman on August 15, 2011 at 5:23 AM said...

istiqomah la kan!
maceh cek lulu =)

Ce'gu JAERA on August 15, 2011 at 5:26 AM said...

wahh, baru saya perasan. Setiap subuh rupanya Lulu Pages akan selitkan hadis2 dan tazkirah untuk santapan minda pengunjung2 sini..

Nampaknya konsep Lulu Pages telah pun dipelbagaikan daripada isu kehidupan semasa, serta ke dunia ukhrawi..

Tahniah Lulu.. satu peningkatan dan penambahbaikan yang memberangsangkan..

~Tetap Setia Bersama Lulu Pages~

Ammar on August 15, 2011 at 5:43 AM said...

Nak Istiqamah tu yang susah ni...huhuhuhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!