Tuesday, August 23, 2011

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka 'membawa mulut' sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.
Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

"Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.
Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.
"Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah," tegasnya.



.

7 Penyokong CHELSEA:

PCL on August 23, 2011 at 12:09 PM said...

mmg patut buat report cm tu...fitnah boleh merosakkan keharmonian sesebuah penempatan.

Mama Amirul on August 23, 2011 at 12:10 PM said...

Agak2 jiran dia tu minta maaf tak...???

halila Ibrahim on August 23, 2011 at 12:14 PM said...

hahaha... nak buat laporan jugak la... keke..

HAFIZAL on August 23, 2011 at 12:16 PM said...

PERH...bahaya betul ada jiran mcm tu...apa yg dia sakit hati sgt tak tau lah kan lulu

MizzTina on August 23, 2011 at 1:14 PM said...

elok la mcm tu.. ingt kite leh diamkn je ke.. seb bek dia xsaman lagi..

Ce'gu JAERA on August 23, 2011 at 4:38 PM said...

fitnah itu lebih besar daripada membunuh.. semoga jiran itu cepat2 minta maaf dan bertaubat..

Ct Arina on August 23, 2011 at 4:45 PM said...

kire boleh saman letewwwww =D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!