Sunday, September 18, 2011

2010 derita, 2011 bahagia


TAHUN 2011 - lebih tepat lagi, selepas kelahiran anak kedua, kehidupan pelakon Rita Rudaini ditafsir kembali bercambah dengan riak bahagia.
Perasaan sedih, berduka dan pertelingkahan dengan suami, Aidil Zafuan Abdul Razaq juga bagaikan sudah berakhir dan kini hasrat mereka hanya satu- mengikat kamar hidup dengan agam cinta lebih kukuh.

1 Syawal yang lalu, adalah bukti betapa pasangan ini sebenarnya mampu keluar daripada aroma sedih dan kembali mencari damai.
Berkat kesabaran atas segala dugaan yang bertandang, hari ini bahagia milik mereka bersama dua putera kecil.
“Memang raya tahun ini sangat berbeza. Jika tahun lepas saya menyambut hari raya dengan tangisan sebab ‘terpisah’ dengan suami sendiri, tahun ini berbeza.

“Syukur sangat kepada Allah kerana kami dapat meraikan 1 Syawal dalam sebuah keluarga yang lengkap sempurna.
“Kehadiran Arjuna juga membuatkan kami berasa sebagai sebuah keluarga yang sudah lengkap. Hari ini, anak-anak adalah kekuatan saya untuk berhadapan dengan apa juga perkara, saya tak akan mengalah dengan mudah demi masa depan mereka,” kata pelakon jelita ini.

Rita dan suami membawa dua putera mereka, Airit Rayyan, 3 tahun dan Airit Arjuna, 1 tahun menyambut hari raya di Utan Aji, Perlis untuk bersama-sama dengan keluarga Rita pada Ramadan terakhir.
Mereka sempat meraikan Syawal di situ selama tiga hari sebelum kemudian bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti kerjaya yang menunggu.

Tahun lalu episod kelam melanda apabila pasangan ini menyambut Syawal dalam keadaan yang tidak normal ekoran persengketaan.
Sengketa yang hampir membawa kepada ‘perceraian’ itu mendapat liputan meluas di akhbar apabila Aidil dikatakan langsung tidak menjengok isterinya ketika menyambut hari raya meskipun meraikan Syawal dengan keluarganya di Kedah.

Pun, itu cerita lama. Apa yang mahu dikongsikan kali ini ialah rakaman bahagia bersama anak-anak dan keluarga yang lahir daripada hati penuh ikhlas.
Keluarga mentua kembali damai
Bagaimanapun ketika ditanya apakah dia turut menziarahi keluarga mentua, Rita hanya tersenyum manja.
Katanya, lebih elok kalau dia tidak membicarakan topik berkenaan buat masa sekarang.

“Tak usahlah bertanya soal itu. Saya sudah katakan sebelum ini, bila pintu hati saya sudah benar-benar terbuka, insya Allah ia akan berlaku.
“Bila masanya? Hanya Allah yang punya jawapan. Setakat ini hubungan saya dengan ibu dan bapa Aidil sudah okey, bila mereka hendak melihat cucu, mereka boleh datang ke rumah kelamin kami,” katanya.
Selepas Aidilfitri, Rita terus sibuk dengan tawaran berlakon. Baginya, kehadiran Arjuna menambah lagi peratusan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

“Semenjak melahirkan Arjuana, rezeki memang tidak putus dan saya sangat bersyukur. Sememangnya bila anak bertambah, dengan sendirinya rezeki juga semakin bertambah. Itulah kuasa Allah dan kami sangat bersyukur,” katanya.
Selepas Arjuna, Rita bersedia untuk mengandung lagi mengenangkan usianya yang sudah dipertengahan 30-an.

Jika sesetengah artis menolak untuk terlalu kerap hamil, terutamanya dalam tempoh yang dekat, pelakon ini sebaliknya.
“Kalau seorang isteri dapat merasai kebahagiaan daripada seorang suami, sudah tentu dia akan memberi segala-galanya, jiwa dan raga. Sama juga seperti saya, saya tidak akan menolak untuk mengandung lagi. Apa pun saya sanggup korbankan termasuk dalam soal anak, tak kira berapa sekali pun yang diharapkan,” katanya yang berhasrat untuk memiliki anak perempuan pula selepas dua putera.



P/S - Dah baca ni?? [enter]
.

4 Penyokong CHELSEA:

maszull on September 19, 2011 at 12:21 AM said...

salam lulu...semoga mereka akan sentiasa berbahagia selalu...:)

Unknown on September 19, 2011 at 9:44 AM said...

airit...ke arjuna...hmmm...(xde kaitan..hehe)

Unknown on September 19, 2011 at 9:48 AM said...

macam inila baru syok ...tak gaduh gaduh..baru leyh konsentrate sepak bola..hehe

Ce'gu JAERA on September 20, 2011 at 7:44 AM said...

syukur, kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!