Sunday, September 4, 2011

Akhirnya... cinta kami bersatu

WANITA ini sedang menghitung hari bahagia. Lima hari lagi dia bakal bergelar isteri kepada penerbit Heykal Hanifah. Seperti kebanyakan bakal pengantin baru lain, dia berada dalam debaran menanti saat disatukan pada 9 September ini.

Tarikh itu bakal mengubah seluruh kehidupan pelakon Faezah Elai. Sekali gus dia berharap agar dapat memadam semua tohmahan jahat dan fitnah mengatakan dia adalah perampas suami orang.
“Saya membina masjid di bulan Syawal semata-mata untuk mencari keredaan dalam perkahwinan kami. Mahu juga menjernihkan segala sengketa,” bicara awal wanita ini membius bahagia.

Dewan Platino Condominium Pulau Pinang bakal menyaksikan segalanya. Acara yang berlangsung selepas solat Jumaat itu juga tak punya ramai jemputan. Hanya sanak saudara dan rakan terdekat saja dipelawa datang.

“Biarlah keramaian ini dikongsi bersama ahli keluarga dahulu. Kemudian disusuli dengan majlis resepsi bulan November nanti. Saya harap agar semua pihak memahami,” sambungnya menyentuh aturcara majlis perkahwinannya itu.

Seri pengantin pada wajah wanita berusia 29 tahun ini semakin kelihatan tatkala menyentuh tentang keistimewaan bakal suaminya. Biarpun wujud watak ‘kasar’ dalam diri Faezah, namun seakan terpadam tatkala mengulas soal hatinya.
Tidak mahu mengulas panjang, pelakon filem Tanda Putera ini punya alasan kukuh memilih lelaki berasal dari Pulau Pinang dan membesar di Kulim Kedah itu.

“Dia bukan macam kebanyakan lelaki yang pernah saya temui, dia lelaki terbaik yang menawan. Terus terang, saya bukan bijak untuk berbicara tentang soal hati secara terbuka, risau ada yang salah erti pula.
“Tambahan pula soal pasangan hidup ini banyak melibatkan urusan Maha Maha Esa. Saya tak berhak nak ulas panjang,” katanya jujur.

Ditanya mengapa Faezah lebih berminat untuk memberi perhatian di kalangan orang di belakang produksi berbanding pelakon, dia hanya menyungging senyuman.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini memberitahu banyak risiko yang perlu diambil andai bersuamikan seorang pelakon. Tidak perlu jauh-jauh, tengok saja cara kehidupan anak seni yang ‘tidak menentu’ sepertinya. Bimbang keputusan untuk bersatu hidup bakal mewujudkan pelbagai masalah kelak.

Dalam pada itu, pelakon filem Cun ini juga menolak dakwaan mengatakan dia adalah seorang terdesak dalam mendirikan rumah tangga. Tambahan sebelum ini dia pernah mengatakan impian untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.
“Sekali lagi, ini adalah jodoh. Saya reda dengan ketentuan Ilahi. Tak ada apa yang nak diulas lagi,” ringkasnya di hujung perbualan.


.

3 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on September 4, 2011 at 11:28 PM said...

apsal dlm gambar ni..minah ni nampak tembam?..dia ni bukan ala-ala kiut aje ke orgnye?...

Ce'gu JAERA on September 5, 2011 at 7:28 AM said...

semoga kebahagiaan itu kekal hingga ke akhir hayat...

farz zull on September 5, 2011 at 5:38 PM said...

@Nini D.. orang tengah bahagia tuhh...;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!