Thursday, September 22, 2011

Bekas pemain bola sepak negara mohon bantuan


Bekas pemain bola sepak negeri dan kebangsaan era 1970-an, Abu Hassan Mohammad kini terlantar sakit dan memohon pihak berkaitan membantu meringankan penderitaannya.
Abu Hassan, 74, menderita penyakit jantung, kencing manis dan buah pinggang.
Dia yang bermain di posisi sayap kiri merupakan pemain seangkatan dengan Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel pada era tersebut.

Dia pernah digelar 'kereta kebal' kerana jarang pemain bola mahir menggunakan kaki kiri.
Menurut Abu Hassan, dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung pada 1997 dan kini menerima rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Pantai di sini dengan bayaran rawatan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya kini berehat di rumah dan tidak berupaya melakukan apa-apa pekerjaan memandangkan penyakit yang saya hadapi menghalang saya melakukan kerja-kerja lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Nibong di sini hari ini.
Dia yang tinggal bersama isteri, Norsiah Mydin, 62, mengakui mengalami kesempitan hidup bagi menampung perbelanjaan rawatannya.

"Dulu saya menjadi tukang gunting di Pasar Bayan Baru tetapi sejak kaki saya dipotong dua minggu lalu, saya tidak dapat bergerak dan terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pekerjaan itu," ujarnya.
Katanya, dia hanya bergantung dengan wang pencen yang diperolehinya sebagai seorang pembantu tadbir di Penjara Pulau Pinang sebanyak RM1,000 sebulan.
"Namun, ia tidak cukup kerana saya perlu bayar hutang rumah, bil air, elektrik, keperluan harian termasuk perbelanjaan tambang teksi untuk ke hospital," jelasnya.



P/S - Info yang menarik..






.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 22, 2011 at 2:10 PM said...

dia pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu.. perlunya pihak kemnterian sukan utk turun membantu bekas wira negara ini..

aizamia3 on September 22, 2011 at 3:03 PM said...

jangan anaktirikan/lupakan jasa mereka yang pernah mengharumkan negara.. moga mereka yang berkenaan mengambil tindakan dengan segera berhubung isu ini..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!