“Saya dan Yuna adalah dua individu berbeza. Dia adalah bintang dan punya kedudukan tersendiri. Sedangkan saya cuma artis yang baru nak berjinak-jinak dalam industri.
“Tidak adil andai berterusan melabel saya adalah klon Yuna. Bagi saya peluang untuk buktikan siapa Najwa Latif sebenarnya,” rayu bintang baru berbakat yang semakin popular dengan lagu Muka Buku dan Carta Hati ini.
Anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga menyatakan rasa kagum terhadap kejayaan Yuna sehingga ke peringkat antarabangsa.
Pencapaian yang dimiliki penyanyi berkenaan juga menjadi pembakar semangat buat gadis berusia 16 tahun ini. Impiannya, dia mahu menjejak langkah Yuna andai rezeki berpihak kepadanya.
Buat permulaan, pemilik nama Imratul Najwa ini terpilih sebagai pemenang Anugerah Bakat Muda Selangor dalam bahagian muzik kategori solo menumpaskan dua finalis lain iaitu Amanda Imani dan Amirah Ali pada 17 September lalu.
“Sememangnya, saya tidak menyangka meraih kejayaan sejak diperkenalkan secara rasmi kira-kira empat bulan lalu. Memang saya berpuas hati dengan kejayaan ini. Namun tidak pula lekas terlena dengan apa yang ada,” kata artis rakaman NAR Records ini.
Kejayaan itu juga mencuri perhatian bapa Najwa iaitu Abdul Latif Ismail, 50, dan ibu, Zarina Saamah, 47, yang tidak menyangka kejayaan anak setelah dikhabarkan tentang kemenangan tersebut.
Lantaran itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat ini memeterai janji pada dirinya sendiri atas kejayaan tersebut.
Permuafakatan diri agar tidak mudah lupa diri anda dilimpahi populariti satu ketika nanti. Begitu juga tidak akan berubah atas kehendak orang lain.
“Saya juga akan cuba berkomunikasi dengan semua penyokong dan tidak terlibat dengan sebarang kontroversi. Kalau boleh saya mahu menjadi artis contoh buat golongan remaja seperti saya,” kata gadis yang punya kemampuan bermain dram, piano selain gitar ini.
Menyelak kembali bagaimana bakat seninya dikesan, anak ketiga dari empat beradik ini memberitahu semuanya bermula usianya mencecah 14 tahun.
Apabila dia diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengikuti kelas gitar secara formal di Sekolah Muzik Yamaha di Batu Pahat. Bertitik tolak dari situ, dia memberanikan diri untuk memuat turun persembahan bermain gitar di Youtube.
Sokongan kuat daripada kakak Syafika Latif, 22, merakam permainan gitarnya membuatkan dia sudah punya kira-kira 44 klip video di medium berkenaan.
.
3 Penyokong CHELSEA:
jgn abaikan pelajaran sudeee..:)
Mmmg tak sama pun..muka jauh beza haha..serius, sy suka yuna lagi but najwa also best..huhu
tengok konsep mmg serupa nak tiru Yuna.. siyess... suara, penampilan dan gaya.. buat lah identiti sendiri..
Post a Comment