Hasrat seorang gadis yang baru mendapat cuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 67, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Kuala Abang di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 6.50 petang itu dikatakan berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki mangsa, Fadhilah Harun, 27, tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Kembara.
Sewaktu kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke rumah ibu saudaranya di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu bersama adiknya yang memandu kereta, Abdul Hakim, 26. Turut berada dalam kenderaan tersebut ialah isteri adiknya, Alen Abas, 22.
Akibat kejadian tersebut, mangsa yang duduk di bahagian belakang kereta cedera di kepala dan patah kaki kiri meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdul Hakim dan Alen cedera parah.
.
2 Penyokong CHELSEA:
kesiannya....dua hari lalu di Lahad Datu...macam nie juga kesnya...hajat tak kesampaian
kesian.. hajat tak kesampaian kan
Post a Comment