Thursday, September 1, 2011

Ibu terbunuh ambulans bawa anaknya terbabas di selekoh

Seorang ibu, yang menemani anaknya ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik, terbunuh apabila ambulans yang membawa mereka terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan, pukul 8 malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Norizah Bujang, 62, manakala anaknya, Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya.

Jurucakap polis berkata ambulans, yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulans ke Hospital Kuala Pilah.
Katanya, semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan.

"Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya,” katanya.
Kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan tangan.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Elih Japahar on September 1, 2011 at 8:27 PM said...

Takziah buat keluarga mangsa,kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku..

Ce'gu JAERA on September 2, 2011 at 2:10 AM said...

huhuu.. lain yang kecemasan lain plak yang jadi mangsa.. harapkan ambulans, ambulans plak yang cari hal..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!