Friday, September 2, 2011

Itu perbuatan khianat...


Enam buah motosikal dan dua buah kereta hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di Taman Muda, Ampang, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku pada 5.30 pagi di Apartment Rivera.

"Kejadian berlaku ketika penduduk nyenyak tidur. Asap daripada motosikal dan kereta yang dibakar itu naik ke tingkat atas, menyebabkan kesemua mereka terjaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, penghuni blok apartmen berkenaan turun untuk melihat apa yang berlaku dan setelah menyedari terdapat kenderaan terbakar, mereka memaklumkannya kepada pihak polis dan bomba.
Amiruddin berkata, ia kejadian kedua di kawasan sama. Tahun lepas, lapan buah motosikal dan sebuah kereta telah dibakar.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Baiz Mamat on September 2, 2011 at 9:31 AM said...

jahatnye..macam2 la orang zaman sekarang ni kan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!