Tuesday, September 27, 2011

Kejutan dari Sabah


“Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000,” kata Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu disyaki menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya.
Bukan saja nombor pendaftaran sama, malah jenis kenderaan serta warna kenderaan serupa.

Yong yang juga mekanik di sebuah bengkel di sini, berkata dia menerima surat saman daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertarikh Jun lalu pada 14 September lalu yang menyatakan kesalahannya meletak kenderaannya di kawasan bukan dikhaskan untuk meletak kereta Februari lalu.
“Saya sudah membuat laporan polis pada 15 September lalu sejurus selepas menerima surat daripada DBKK,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.

Menurutnya, dia membeli kereta itu daripada kenalannya di Batu Caves.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam PGRM, Wilson Lau, berkata pihaknya akan mencari jalan penyelesaian bagi kes terbabit.

“Ketika ini PGRM akan memaklumkan perkara terbabit kepada Yang Dipertua DBKK untuk menangguhkan tempoh saman kerana kami mahu siasatan dibuat terlebih dulu bagi mengenal pasti hal sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Nazri Osman, berkata pemilik terbabit perlu menyemak dengan teliti kepada DBKK sebelum tindakan lanjut dibuat.







.

2 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on September 27, 2011 at 10:16 AM said...

wah...memang terkejut gila orang itu...

Ce'gu JAERA on September 27, 2011 at 11:47 AM said...

peliknya... ada juga orang yang menganiaya orang dgn cara macam tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!