Friday, September 30, 2011

Kemalangan yang mengejutkan


Kerja-kerja mengecat di sini yang dilakukan enam pekerja menggunakan tiga buah kren sejak kelmarin dicemari insiden berdarah apabila seorang maut manakala seorang lagi parah selepas salah satu tiang kenderaan itu patah semalam.

Insiden pukul 10 pagi itu menyebabkan seorang warga Indonesia, Taskimin (gambar), 24, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter. Rakan senegaranya, Sustrino, 34, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

Difahamkan, ketika itu, mereka baru 20 minit mengecat bangunan pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini. Kren yang patah itu dikatakan telah digunakan selama 10 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, kedua-dua mangsa terjatuh ke kaki lima sebuah bank berdekatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila beban dalam sangkar tidak seimbang dengan kekuatan palang kren yang membawa mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.







.

3 Penyokong CHELSEA:

normala_ali on September 30, 2011 at 1:09 PM said...

subhanallah kesiannya.. sebab tren tu patah jia boleh jadi camtu..

NER on September 30, 2011 at 1:28 PM said...

ya Allah.. kesiannya.


My Latest Entry: Jom Karaoke untuk Belajar.

Ce'gu JAERA on September 30, 2011 at 1:50 PM said...

mesin lama yang tidak d selenggarakan akan membawa bencana kepada para pekerjanya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!