Friday, September 9, 2011

Lamanya........


Dua warga emas di Vietnam berhasrat memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia.

Huynh Van Lac, 110, dan isterinya Nguyen Thi Lanh, 106, memecahkan rekod nasional untuk perkahwinan mereka selama 82 tahun minggu lalu, kata Pengarah Vietnam Records Book Centre, Le Tran Truong An.

“Kami akan menghantar rekod perkahwinan paling lama kepada Guinness World Records selepas selesai kertas kerja,” katanya.
Lac berkata, rahsia perkahwinan panjang mereka ialah tahu bagaimana menyesuaikan diri untuk hidup antara satu sama lain dan mengelak bertengkar.
“Orang ramai perlu tahu bagaimana berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain,” katanya.


Lanh berkata, adalah penting untuk ‘sering melakukan senaman dan cuba berfikir positif.’

Menurut Guinness World Records, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher dari Amerika Syarikat berkahwin selama 86 tahun. Herbert meninggal dunia awal tahun ini.



.

3 Penyokong CHELSEA:

aamalinaazman on September 9, 2011 at 9:53 PM said...

huuuuu
syhdunyeee
semoga kisah cinta ku jadi cam ni jugeee
weee

Kancil 8349 on September 9, 2011 at 11:40 PM said...

wow.....rekod baru nie

Ce'gu JAERA on September 9, 2011 at 11:50 PM said...

woww... so long.. rekod baru dunia bakal tecipta..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!