Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini.
Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi.
Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu.
"Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan.
"Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh,” katanya.
Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat.
.
2 Penyokong CHELSEA:
aiyoooooo
huhuhuhu
few.. ngerrriii.. berhati2 di landasan keretapi..
Post a Comment