Wednesday, September 14, 2011

Nafkah RM1,600 sebulan tidak tinggi


Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam, diberitahu bekas ibu mentua pengacara dan pelakon, AC Mizal, mendakwa nafkah sebanyak RM1,600 sebulan seorang untuk dua cucu lelakinya tidak tinggi walaupun ia bersamaan dengan gaji seorang pekerja berkelulusan ijazah daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pesara yang juga ibu Shafnie Zainuddin (plaintif), Rapiah Ab Talib, 62, tidak bersetuju dengan cadangan peguam syarie, Siti Aishah Din mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini (defendan) bahawa RM1,600 sebulan tinggi untuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Sebelum itu, ketika ditanya Siti Aishah sama ada beliau bersetuju dengan nafkah yang dipohon Shafnie sebanyak RM1,600 sebulan adalah bersamaan dengan gaji seorang lulusan ijazah, saksi itu berkata "Ya".

Shafnie yang berkahwin dengan AC Mizal pada 24 Jun 1995 memfailkan permohonan ubah tuntutan dua anak pada 30 Julai 2008. Pasangan itu bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Dalam permohonannya, beliau menuntut RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan RM9,000 untuk kedua-dua anak mereka.

Perubahan nafkah itu merangkumi perbelanjaan bulanan makan minum (RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa rumah (RM650).

Ketika ditanya kenapa plaintif bertindak menghantar anak sulungnya ke sekolah swasta berbanding sekolah bantuan kerajaan, Rapiah berkata, sekolah swasta iaitu tempat cucunya belajar kini adalah sekolah agama dan beliau mementingkan pendidikan dunia dan akhirat.
Beliau juga bersetuju dengan peguam insurans pendidikan anak adalah tidak wajib dan sekadar keperluan hidup.

Ketika disoal tugas pembantu rumah yang turut disertakan dalam tuntutan nafkah anak sebanyak RM200 seorang, Rapiah berkata, pembantu rumah akan memasak, menggosok dan membasuh baju dua cucunya berikutan beliau tidak berapa sihat untuk melakukan kerja rumah itu selain plaintif sendiri sibuk bekerja termasuk hujung minggu untuk mencari pendapatan keluarga.

Perbicaraan bersambung pada 21 November depan.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on September 14, 2011 at 10:19 AM said...

hi lulu.. apa khabar.. sihat ke?

Anonymous said...

AC kan dah kaya sekarang ni, takkan tak mampu bagi nafkah anak kot

Lulu Caldina on September 14, 2011 at 10:26 AM said...

@Niena Pengembara Ilahi sihat, kak niena :)

Cik Sara on September 14, 2011 at 11:35 AM said...

Serba serbi nak berkira ek.. Besar nanti, anak tu berbakti dekat mak dia juga.. Kot ye pun, terimalah dulu.. Kang tak dapat pape padan muka.. Hahaha.. Anak dah besar.. Diorang pilih duduk dengan AC tak ke haru nanti?? ngeee..

aizamia3 on September 14, 2011 at 2:21 PM said...

kaya atau tidak bukan ukurannya tapi ada masanya macam tak bersyukur pulak tapi kita tak tahu keadaan mereka yang sebenar macam mana..

kita doakan moga mereka dapat selesaikan masalah itu dengan baik, lagipun anak-anak tu kan tanggungjawab mereka walau mereka dah bercerai..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!