Tuesday, September 20, 2011

Peluk erat anak sulung dalam tragedi ngeri awal pagi


Kegembiraan sepasang suami isteri menerima cahaya mata sulung sehari sebelum Aidilfitri lalu kini hanya tinggal kenangan apabila bayi yang baru berusia 23 hari itu maut bersama ibunya dalam kemalangan ngeri di sini hari ini.

Nahas kira-kira pukul 1 pagi di Kilometer 5.1 Jalan Muar-Yong Peng itu meragut tiga nyawa iaitu ibu yang masih dalam pantang, Azalina Mat Yassin, 26, bersama bayinya, Nor Afiqah Sumaiah dan seorang pegawai tentera berpangkat Kapten, Khairul Azam Buhari, 26.
Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kelantan ke kediaman suami Azalina, Mohd. Hanizan Bahari, 28, di kuarters Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Sri Gading di sini bersama ibu dan ibu saudaranya untuk meneruskan amalan berpantang.

Azalina, seorang guru di Sabah manakala suaminya bertugas sebagai pensyarah di KKTM. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Takang, Bachok, Kelantan.
Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu Mohd. Hanizan bertembung dengan Perodua Kancil dipandu pegawai tentera yang terkorban itu.
Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan salah sebuah kenderaan memasuki laluan bertentangan sehingga berlaku pertembungan.

Azalina maut di tempat kejadian manakala puteri tunggal mangsa, Nor Afiqah Sumaiah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat kira-kira pukul 6 pagi ini.
Difahamkan, Kapten Khairul Azam bertugas di Kor Kejuruteraan Kem Tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Kejadian itu juga menyebabkan ibu mertua Azalina, Habsah Ab. Latiff, 58, dan Mohd. Hanizan mengalami kecederaan parah.

 NUR Asreen Khalil menatap gambar tunangnya, Khairul Azam Buhari bersama keluarga

Sementara itu, bapa kepada anggota tentera yang terkorban, Bahari Ahmad, 56, memberitahu, mereka sekeluarga terkejut dengan pemergian Khairul Azam yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nur Asreen Khalil, 26, hujung tahun ini.
Menurutnya, arwah yang berkhidmat dalam tentera sejak tiga tahun lalu, mengenali tunangnya yang berasal dari Temerloh, Pahang, sejak belajar di universiti.



P/S - Kulit halus mulus seperti Lulu Caldina?



.

8 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 20, 2011 at 11:01 AM said...

Ustazah Azalina adalah guru J-Qaf yang mengajar di SK Kalabakan Tawau....

semoga rohnya dicucuri rahmat..Tuhan lebih menyayangi-Nya..sesiapa yang mengenali arwah, maafkan segala salah dan silapnya, doakan arwah selamat di-Sana..

al-Fatihah..

Asrul "iLham" Sany on September 20, 2011 at 11:04 AM said...

Sedih baca T_T...

dhiera zainudin on September 20, 2011 at 11:17 AM said...

sedih~
semoga arwah sentiasa dirahmati~

Makbed on September 20, 2011 at 11:27 AM said...

Al-Fatihah

Fiza Rahman on September 20, 2011 at 12:15 PM said...

Sedihnya...al-fatihah.

Aien Not Alien on September 20, 2011 at 12:44 PM said...

Al-Fatihah

Hanis Azla on September 20, 2011 at 12:46 PM said...

inalillah.. sedihnya..

emy|farid on September 21, 2011 at 8:27 PM said...

tak tau nak ckp pe, sbb bnda mcm ni la pling menakutkan...... tabahlah hati kalau jdi mcm ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!