Dalam kejadian pukul 11.30 malam, Noor Iskandar Yusof, 25, berasal dari Kampung Melayu Bukit Masjid, Negeri Sembilan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di seluruh badan.
Tunangnya, Mariam Hussain, 27, yang berasal dari Bachok kini dirawat di Hospital Machang manakala pemandu dan kelindan lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, pemandu dan kelindan lori itu telah membuat laporan di balai polis berdekatan sejurus selepas kemalangan.
Menurutnya, kedua-dua kenderaan itu dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum bertembung.
"Difahamkan, mangsa sebelum itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas melawat nenek Mariam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang dirawat di sana.
"Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tertinggal barang lalu berpatah balik ke Kota Bharu sebelum terlibat dalam nahas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.34 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota dan sebuah jentera.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment