Sunday, September 18, 2011

Pemuda tertekan mati terjatuh tingkat 5

Seorang pemuda yang dipercayai tertekan selepas gambarnya dalam tandas dirakamkan oleh majikannya sebelum ia disebarkan menerusi Internet, ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat lima rumahnya semalam.
Lelaki bujang berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah bengkel itu ditemui mati di kawasan perumahan di Paya Terubong pada pukul 4.30 petang.
Bapa lelaki itu yang enggan dikenali berkata, anaknya mengadu dia diberi minum alkohol sehingga mabuk dan tidak sedarkan diri baru-baru ini sebelum gambarnya dirakamkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki itu dipercayai mengelar tangan kirinya terlebih dulu sebelum ditemui mati terjatuh dari tingkat lima rumahnya.
Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang kesan jenayah di lokasi dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.




P/S - Dah tengok ni??



.

2 Penyokong CHELSEA:

ieda =.= on September 18, 2011 at 8:18 PM said...

kecian la..sape la yg tergamak buat mcm tu kt die...

patot saman je org yg rakam tu..

Ce'gu JAERA on September 20, 2011 at 7:49 AM said...

tak pasal si mangsa menghadapi tekanan hidup sehingga membawa ajal. majikan yang tak bertanggungjawab itu patut d ihukum setimpal

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!