Friday, September 16, 2011

Penunggang maut dilanggar lari


Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri selepas digilis oleh beberapa kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 18.1 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dekat sini di sini malam tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.55 malam itu, Cheok Chee Loong, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke Lukut dari tempat kerja di sebuah kilang perabot di Seremban.

"Tiba di tempat kejadian lelaki itu dikatakan dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenali menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis oleh beberapa kenderaan yang lain.
"Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa pecah manakala tangan dan kakinya putus," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan lebuh raya yang gelap menyebabkan pengguna jalan raya tidak nampak mangsa terjatuh di atas jalan.
"Sehingga kini pemandu kenderaan yang melanggarnya masih belum membuat sebarang laporan berhubung kejadian itu.

"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222," jelasnya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on September 16, 2011 at 11:28 PM said...

kesiannya...sudah takdir dia kena macam tu

Aziela on September 19, 2011 at 4:53 PM said...

Subhanallahh...rasanya inilah kemalangan yang akak jumpa. Masa tu polis dah sampai, ambulan jer belum sampai...Nnt akak buat entry yer Lulu...

Lulu Caldina on September 19, 2011 at 5:12 PM said...

@Aziela dah ajal dia agaknya kak, semoga keluarganya tabah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!