Suasana hiba menyelubungi Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini apabila seorang wanita warga Itali yang tersedu-sedu menahan tangisan setelah rayuan untuk mendapatkan hak penjagaan dua anak lelakinya ditolak.
Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 18 Julai tahun lalu dikekalkan iaitu menyerahkan dua kanak-kanak terbabit di bawah penjagaan bapanya, Nik Muhammad Zuhri Nik Muhammad Yusoff, 40, seorang polis berpangkat Inspektor yang bertugas di Kedah.
Bagaimanapun, perayu kes tersebut, Linda Isah Vesintin, 36, yang hampir tiga tahun tidak dapat bermesra dengan kanak-kanak itu dilihat bercucuran air mata ketika berpeluang bertemu mereka di dalam mahkamah sambil memeluk erat dan mencium anak-anaknya selama beberapa minit sebelum dibawa pergi.
Panel rayuan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengakui wujud sedikit kesilapan ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan.
''Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati berlaku sedikit kesilapan berhubung keputusan hak penjagaan tersebut. Sepatutnya ia memberi peluang terlebih dahulu kepada kanak-kanak terbabit memilih sendiri untuk tinggal dengan siapa tanpa tekanan atau pengaruh mana-mana pihak,'' kata Daud.
Mahkamah turut bertanya sekali lagi kepada Nik Muhammad Irham, 10, dan Nik Muhammad Danish, 8, sama ada memilih bapa atau ibu mereka. Kedua-duanya memilih untuk kekal di bawah penjagaan bapanya.
Sebelum itu, peguam yang mewakili Linda, Ismail Mohd. berhujah, pihaknya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminta anak-anak membuat pilihan sedangkan selama dua tahun sembilan bulan, mereka berjauhan daripada ibu.
''Perayu (Linda) dan suaminya berkahwin pada tahun 2000 di Labuan dan mereka kemudian tinggal di Sabah. Pada November 2008, anak-anak telah dibawa oleh suami ke Kelantan.
''Sejak itu, perayu tidak dapat bersama-sama anak-anaknya. Mahkamah pernah sebelum ini memberinya hak menemui anak-anak di balai polis tertentu tetapi haknya dinafikan pihak suami sehinggalah mahkamah memberikan haknya menemui anak-anak dua jam sebulan di mahkamah," katanya.
Ismail turut menjelaskan Linda yang merupakan penyelia gudang di sebuah syarikat carigali minyak dilahirkan di Brunei namun bapanya merupakan warga Itali dan ibunya rakyat Malaysia serta dibesarkan di Labuan.
Terdahulunya Nik Muhammad Zuhri memberitahu bahawa dia tidak membenarkan anak-anak dijaga oleh bekas isterinya kerana bimbang akan dibawa lari.
Disebabkan tidak mendapat persetujuan responden, mahkamah meluangkan masa bersama-sama kanak-kanak terbabit.
''Setelah bertemu dengan anak- anak ini dan duduk bersama-sama mereka, kami diberitahu bahawa mereka sayang kedua-dua ayah dan ibunya namun mereka yang akan membuat keputusan untuk tinggal dengan siapa,'' katanya.
Walaupun memilih untuk tinggal bersama bapanya, mahkamah membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang hanya membenarkan Linda bertemu dua jam sebulan dengan anaknya dengan arahan mempunyai hak melawat pada bila-bila masa.
''Hak ibu untuk menemui anak itu, bapa tidak boleh halang, jika ia halang, maka dianggap berlaku penghinaan kepada mahkamah dan mahkamah boleh mengambil tindakan undang-undang,'' katanya.
Linda dan Nik Muhd. Zuhri yang berkahwin pada 2000 disahkan bercerai pada 19 Ogos 2009 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Labuan.
Penghakiman itu turut disertai oleh Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
P/S - Tawaran terhad...
.
5 Penyokong CHELSEA:
hak penjagaan ke atas anak2.. huhuhu... bila dah bercerai, anak2 yang jadi mangsa keadaan
kesian pulak membaca artikel ni...kasih ibu hingga ke syurga... tapi apakan daya.
sedihkan...inilah harga yang perlu dibayar apabila ibu dan bapa bercerai...jodoh sampai di sini..tapi apalah nasib si ibu yang tidak dapat membesarkan anak sendiri...sebagai ibu...sue rasa sedih bg pihak si isteri...
lulu...nak mintak jasa baik tolong like pic dan juga tolong promote link kat bawah...sue da join contest...
http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/46194
sebagai seorang ibu hati cukup terasa, sampai hati pisahkan kasih anak dan ibu...
sian.. anak jd mangse kurang kasih syg ibu.
Post a Comment