Friday, September 23, 2011

Sandakan Memorial Park..


Lebih 60 tahun lalu semasa penjajahan Jepun, Sandakan pernah dianggap sebagai neraka dunia.
Malah, digambarkan oleh tahanan perang tentera bersekutu ketika itu sebagai tempat 'tanpa keindahan' dan 'tanpa sesuatu yang menggembirakan'.
Semasa pendudukan Jepun antara 1942 hingga 1945, hampir 3,000 tentera dari Australia, British dan New Zealand menjadi tawanan perang di kem tahanan di situ yang kini dikenali dengan nama Taman Peringatan Sandakan yang terletak di Batu 7, Sandakan.
Mengimbas kembali, kem tahanan di bawah jagaan Kapten Hoshijima Susumi itu dikelilingi dawai berduri dengan tentera berpangkat rendah dilambakkan seperti sardin sehingga 64 tahanan terpaksa menduduki dalam sebuah pondok kecil serba daif.
Keadaan tentera berpangkat lebih tinggi lebih bernasib baik kerana ditempatkan dalam pondok yang lebih kukuh dan dalam jumlah kecil iaitu 30 orang dalam satu pondok.
Bagaimanapun, tanpa mengira pangkat, kedua-dua pondok itu turut dihuni oleh tikus, ular, kutu dan pepijat. Terdapat tahanan yang terpaksa mencukur bulu tubuh mereka bagi menghapuskan kutu.
Atas inisiatif bersama, mereka menubuhkan pasukan pemburu tikus kerana apabila haiwan pengotor itu tiada, bermakna ular-ular berbisa langsung tidak mempunyai alasan mengunjungi pondok mereka bagi mencari makanan.
Kini, semuanya tinggal kenangan, tetapi segala penderitaan dan kesukaran itu masih kekal dalam lipatan sejarah yang disambut setiap tahun iaitu Hari Anzac (hari memperingati Tentera Australia dan New Zealand yang gugur semasa Perang Dunia Kedua di sini).
Bekas kem tahanan itu kini menjadi tempat pertemuan bagi mereka yang datang untuk memperingati kehidupan orang yang meninggal di Sandakan selama zaman pahit penjajahan Jepun.
Sebuah tugu peringatan yang menceritakan kisah ngeri kem tawanan perang dunia ke-2 dibina dan ia terletak berhampiran dengan sebatang pokok besar, pokok Menggaris yang merupakan lambang ketabahan dan ketahanan setiap tawanan perang pada era itu.
Pokok Mengaris adalah antara pokok tertinggi di dunia yang boleh mencecah sehingga 76 meter ini dijadikan sebagai tempat pertemuan tawanan pada masa itu, sekali gus untuk meluahkan perasaan dan mengadu hal kepada rakan-rakan lain yang semestinya juga tidak dapat membantu mereka.
Terdapat tiga objek penting kesan peninggalan kem tahanan itu masih boleh dilihat oleh pengunjung yang melawat taman peringatan itu iaitu dandang, sebuah alternator dan sebuah mesin penggali parit.
Dandang (tangki tempat mengewapkan air) dan alternator merupakan kelengkapan janakuasa elektrik bagi menerangi kem, manakala mesin penggali parit itu digunakan oleh tentera Jepun untuk membina landasan kapal terbang tetapi malangnya tidak pernah berganjak daripada tempat asalnya ekoran telah disabotaj oleh seorang tawanan perang pada masa itu.



P/S - Perjalanan lulu ketempat ni boleh dilihat dalam entri ni [klik sini]









.

4 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on September 23, 2011 at 11:50 PM said...

fuh letihnya baca sebab takda perenggan.. ehehe..

memang Sabah banyak tempat2 bersejarah peninggalan Jepun.. di daerah Tawau pun ada tempat2 mcm ni..

Sama juga ngan Labuan.. memorial memperingati tempat pendaratan Jepun sebelum menjajah Sabah..

Zasillah Ariffin on September 24, 2011 at 12:03 AM said...

baru tadi tengok cerita akinabalu...sedih sangat :(

arituarini on September 24, 2011 at 12:04 AM said...

bila pegi ni.. sebelah umah sy tempat ni..ptg2 joging kat situ..

elnino de moona on September 24, 2011 at 12:40 PM said...

dah penah pigi tempat ni..:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!