Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong.
Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter.
"Seorang perenang wanita kemudian melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam. Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat...selepas melihat ular.
"Perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain," katanya.
Ketika kejadian itu, Chong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu.
Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van beserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.
Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu.
Cuaca yang agak panas menyebabkan ular itu memasuki kolam untuk menyejukkan dirinya, katanya.
.
4 Penyokong CHELSEA:
hurmm.. ngerinye! hari tu mase kt kg,ular tido sebelah saya sis Lulu.. bangun pagi baru sedar!
> http://tirana91.blogspot.com/2011/08/thanks-ular-sawa-teman-aku-tidur.html
menakutkan sungguh.
ular pun tau panas XD
wowwww scaryyyy
Post a Comment