Tuesday, September 6, 2011

Terkejut gambar hari raya berlatarkan gereja


Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.
Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.

"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.
"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.
"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.
Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.
"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.




.

9 Penyokong CHELSEA:

eima on September 6, 2011 at 11:09 AM said...

repot je polis....

Anonymous said...

eei takutnya, naya je gambar raya org, pihak berkuasa kena ambik tindakan tegas ni

ieda Qema on September 6, 2011 at 11:20 AM said...

tak beragak dia punya tak perasan tu!

nurulain1011 on September 6, 2011 at 11:30 AM said...

haishh...memang wajib kena bagitau orang ramai...kalau x , ramai lagi yang akan terkena..

HAFIZAL on September 6, 2011 at 11:40 AM said...

mintak ganti rugi jer..tu pun sebenarnya kesilapan individu itu sendiri...sebelum amik gambar kan boleh tgk dulu latar belakang...yang dia pilih gambar mcm tu kenapa

bombay on September 6, 2011 at 11:54 AM said...

apela nak jadi nie...mungkin owner kedai tu betul2 silap..or dye saje. je..tuhan je yg taw..

misscha on September 6, 2011 at 12:23 PM said...

setuju repot polis je....walaupon dah tawar tukar tp owner kedai xmo gak...mmg wajib buat repot polis

Ce'gu JAERA on September 6, 2011 at 12:34 PM said...

kalau tak disengajakan, takkan sampai banyak gambar2 yang berlatarbelakang macam tu kan..

ini dah kira mencabar namanya...

aizamia3 on September 6, 2011 at 4:37 PM said...

lain kali elok pilih dulu latar belakanga macam mana yang sesuai, sekurang-kurangnya takdelah jadi macam tu lagi..
moga pemilik kedai itu sedar yang tindakannya itu salah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!