Seorang kakitangan kerajaan terkejut selepas salah satu bungkusan mi segera berjenama terkemuka yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini didakwa bersawang dan berulat.
Syed Mazlan Syed Zubir, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari oleh isterinya ketika hendak menyediakan hidangan itu kepada anak perempuannya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
"Setelah memeriksa dengan teliti, saya dapati ada benda asing menyerupai sawang labah-labah dan ulat berada di permukaan mi segera itu," katanya.
Menurutnya, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada pembungkus mi segera itu adalah pada 11 September ini.
"Agak trauma juga saya selepas ini untuk menikmati mi segera tersebut kerana bimbang mengandungi ulat," dakwanya.
Syed Mazlan berkata, syarikat pengeluar mi segera tersebut perlu menjalankan pemeriksaan secara lebih teliti dan kerap ke atas produk makanan mereka yang dijual bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
.
7 Penyokong CHELSEA:
jenama apa mi segera ni lulu? maggi ker?
ishh, kawan sy pun ada kena jugak macam ni. tp da makan baru perasan, lepas makan tu terus pening kepala katanyaa..
sampai ke dalam bungkusan maggie boleh bersawang dan berkulat.. wadui, berhati2 lah kita membeli produk2 mkanan sekarang ni...
jadilah pengguna yang bijak..
hayooo
kesimpulannye jgn mkn mee segera kan..
euwwww,..
jom terjah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
tajuk utama hari ini.
rumah terbakar disyaki angkara janda.
pondan natasya gagal bawa lari kekasih yg disimbah asid.
bas disamun sejurus kemalangan.
keputusan piala malaysia,
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi di blog saya jom le pakat2 ramai2 terjah ke blog sy.
euwww.geli nak mkn mee segera pasni
aisemen, baru lepas mkn megi mlm td. lupe pulak nak cek -_-"
Post a Comment