Sunday, October 30, 2011

Ada hati nak jadi presiden.......


Seorang paderi Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertindak membakar kitab suci al-Quran sehingga menimbulkan keganasan di Afghanistan semalam mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden pada pilihan raya Presiden Amerika 2012.

Terry Jones menerusi manifesto kempennya berjudul 'Stand Up America!' menyatakan hasrat untuk memasuki dunia politik bagi menghalang kos perbelanjaan yang tinggi, membawa pulang semua tentera AS di luar negara dan mengusir semua pendatang tanpa izin di negara ini.

Hasrat paderi tersebut bagaimanapun mungkin dilihat sebagai satu angan- angan sahaja apabila beliau dan rakan subahatnya, Wayne Sapp dikecam kerana terlibat dalam upacara membakar al-Quran di sebuah gereja di Florida pada Mac tahun lalu.







.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 30, 2011 at 8:19 PM said...

cettt, ada hati plak dia ya....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!