Penyanyi Zainal Abidin hari ini mempertikaikan keterangan bertulis berhubung dokumen pengesahan yuran persekolahan anaknya yang dikemukakan oleh bekas isterinya dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal Abidin menyatakan, anak guamnya itu mempersoalkan tuntutan Natasya Gabriel Abdullah berkenaan persekolahan anak mereka, Mikhail yang menuntut di sebuah sekolah swasta di Wangsa Maju dekat sini.
Justeru, menurut Abdul Halim, pihaknya memerlukan pengesahan mengenai dokumen tersebut.
Terdahulu, Natasya dalam keterangannya mengesahkan segala butiran yang terkandung dalam keterangan bertulisnya adalah benar dan afidavit itu akan menjadi keterangannya di mahkamah.
Natasya, 52, yang merupakan bekas model menuntut RM167,102.04 ke atas bekas vokalis kumpulan Headwind pada tahun lalu.
Jumlah tersebut merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.
Wanita itu bernikah dengan penyanyi lagu Hijau itu pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mikhail, 18, dan seorang anak perempuan, Timur, 16, sebelum mereka bercerai pada 12 Disember 2000.
Mikhail merupakan pesakit autisme dan menghidapi penyakit mata.
Zainal Abidin turut berhadapan satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya itu yang difailkan Natasya pada tahun lalu.
Dalam tuntutan tersebut, Natasya memohon agar nafkah bulanan RM200 sebulan bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang setiap bulan.
Turut dimohon adalah nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.
Bagi nafkah membabitkan pembelajaran, Natasya menuntut agar perbelanjaan pendidikan Mikhail dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala Timur RM2,000 bulan.
Kedua-dua remaja itu bersekolah di sebuah sekolah swasta di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain bersambung esok.
.
1 Penyokong CHELSEA:
aduh..byr ajelah..huhuhu~
Post a Comment