Rathi Fawatih, 25, berkata, bayinya, Mohd. Fariz Shah Putra dimasukkan ke wad sejak Jun lalu dan baru sahaja menjalani dua pembedahan bagi membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang.
Katanya, pembedahan dilakukan pada Julai dan Ogos lalu dan kini bayinya menunggu rawatan susulan bagi menyelamatkan nyawanya.
"Jun lalu, saya dan suami mendapati kepala Mohd. Fariz semakin membesar lalu dia dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan dan doktor mengesahkan penyakit yang dialaminya.
"Jika sebelum ini dia aktif seperti bayi lain tetapi sekarang dia hanya mampu menggerakkan mata dan kaki jika terjaga dari tidur," katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Sebagai ibu kata Rathi, dia mahu melihat anaknya pulih dan membesar secara normal.
Katanya, dia dan suami terpaksa berganti-ganti menemani anaknya di hospital bagi memantau keadaannya.
Menurutnya, suaminya pula terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori pada Mac lalu selepas terlantar di hospital kerana menghidap penyakit kencing manis dan jantung.
"Saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai operator di sebuah kilang kerana sukar membahagikan masa menjaga anak di hospital," katanya.
Selain itu, mereka turut berdepan masalah membeli keperluan asas Mohd. Fariz seperti susu dan lampin pakai buang yang mencecah RM300 sebulan.
Bagi yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Rathi menerusi 016-4777776.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment