Seorang wanita warga emas di sini berharap anak gadisnya yang berusia 26 tahun mendapat bantuan kerajaan memandangkan anak bongsu enam beradik itu menghidap sindrom Down sejak dilahirkan. Simai Ulak, 64, berkata, kehidupan mereka sekeluarga begitu susah dan dia tidak mampu untuk menghantar anaknya, Zelina Banyah ke sekolah pendidikan khas.
Menurutnya, dia pernah memohon bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini belum mendapat jawapan.
"Kehidupan kami sekeluarga bertambah susah apabila suami mula sakit selepas menjalani rawatan untuk penyakit barah hidung dan sejak itu kami sekeluarga tidak mempunyai pendapatan, cuma mendapat bantuan penghuni rumah panjang ini.
"Zelina juga tidak pernah mendapat sebarang bantuan sedangkan dia merupakan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Selat, Ulu Sungai Janting di sini, hari ini.
Menurut Simai, dia tidak boleh mengharapkan anak-anaknya yang lain kerana mereka juga hidup dalam kesusahan dan menyara hidup masing-masing dengan bekerja sebagai petani dan buruh serta tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sehubungan itu, Simai berharap penderitaan mereka sekeluarga mendapat perhatian pihak berkenaan sekali gus meringankan beban yang mereka tanggung terutamanya bantuan kepada Zelina.
"Apa yang penting bagi saya adalah anak bongsu ini mendapat bantuan sewajarnya kerana dia tidak mampu berdikari," ujarnya.
.
1 Penyokong CHELSEA:
ada baiknya pihak kerajaan menghantar bantuan kepada rakyat2 kita yang miskin di serata negara ni.. banyak lagi paparan rakyat miskin tegar yang belum mendapat bantuan..
kalau kita boleh memberi sumbangan berjuta2 ke luar negara, napa tak tengok nasib rakyat di negara sendiri kan
Post a Comment