Sunday, October 30, 2011

Juara Piala Malaysia 2011


Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.
Gol pertama skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.
Sementara itu, gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan.
Kedudukan 2-1 sehingga tamat permainan.
Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah ini berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas turut bergelar juara pada tahun 2009 dan 1948.








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!