Sunday, October 30, 2011

Kerana cintakan tanahair.....


Hasrat seorang bekas Konstabel Khas (SC) yang mahu jenazahnya ditutup dengan Jalur Gemilang sebelum dikebumikan akhirnya tertunai semalam.
Allahyarham Hassan Nordin Jaafar, 87, yang meninggal dunia akibat barah pada pagi semalam pernah menyuarakan hasratnya itu dalam wasiat kepada ahli keluarganya beberapa tahun lalu.

Isterinya, Asmah Omaruddin, 65, berkata, selain wasiat, arwah juga pernah menyuarakan keinginan yang sama kepada rakan seangkatan dengannya dalam SC, Hassan Nordin.
"Arwah sebenarnya sangat berbangga kerana pernah berkhidmat sebagai SC ketika berjuang menentang komunis.

"Harapan arwah ialah Jalur Gemilang yang sentiasa disanjungnya itu akan mengiringinya sebelum disemadikan," kata Asmah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Tapah di sini semalam.
Menurutnya, arwah suaminya pernah bertugas sebagai SC sewaktu zaman pendudukan Jepun dan penjajahan British sebelum bertugas di Jabatan Kaji Bumi pada tahun 1950-an.

"Walaupun kebiasaannya Jalur Gemilang diletakkan pada keranda dilakukan kepada wira-wira negara dan orang kenamaan yang dikenali, saya harap apa yang dilakukan ini tidak lebih menyempurnakan hasrat arwah," katanya.
Jenazah Hassan Nordin yang disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Tapah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang di sini selepas Zuhur semalam.








.

1 Penyokong CHELSEA:

Jujurara on October 30, 2011 at 10:06 AM said...

semoge rohnya dicucuri rahmat..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!