Cubaan seorang ibu mendapatkan wang insurans dengan membunuh empat ahli keluarganya gagal, sebaliknya dia dihadapkan ke mahkamah, kata polis, semalam.
Sebelum itu, Susan Hendricks, 48, memberitahu polis, seorang daripada anak lelakinya membunuh tiga ahli keluarga mereka.
Kata Susan, anak lelakinya itu kemudian membunuh diri dalam kejadian pada 14 Oktober lalu.
Bagaimanapun, apabila polis pergi ke rumah Susan, siasatan dan bukti forensik mendapati Susan sebenarnya membohongi pihak berkuasa.
Akibatnya, berdasarkan bukti dan kenyataan ahli keluarga Susan, wanita terbabit ditahan di sebuah motel pada Isnin lalu dan didakwa membunuh dua anak lelaki, suami dan ibu tirinya.
Dia turut didakwa memiliki pistol yang digunakan ketika pembunuhan itu berlaku.
Pistol berkenaan ditemui pada Susan ketika dia ditahan.
Keluarga Susan berkata, wanita terbabit membunuh untuk mendapatkan wang insurans nyawa mangsa.
.
3 Penyokong CHELSEA:
wahhh..apa punya mak lah cenggini...
wahhhhh sanggupnye die bunuh darah daging sendiri hanya kerana duit..T_______T
ish ishh
Post a Comment