Seorang Pembantu Am Pejabat Pengairan dan Saliran Maran memenangi baucar membeli-belah bernilai RM50,000 apabila diumumkan sebagai pemenang utama kempen Talk-a- thon Celcom.
Mohd. Khairul Azaman Mohd. Salleh, 34, yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah di sebuah hotel di sini kelmarin, seolah-olah masih tidak percaya memenangi hadiah utama itu kerana ragu-ragu ketika dimaklumkan mengenainya menerusi panggilan telefon oleh pihak Celcom.
Malah isterinya, Faridah Hashim, 34, juga 'menasihati' agar tidak mempedulikan panggilan tersebut kerana dibimbangi dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, setelah menerima beberapa kali panggilan yang sama, dia akhirnya nekad untuk ke hotel di mana berlangsungnya penyampaian hadiah pada tarikh dan masa dimaklumkan.
"Saya memang tidak pernah tahu tentang kempen ini. Sebab itulah bila dapat panggilan, saya sendiri pun was-was dan tidak percaya.
"Namun begitu, mungkin sudah rezeki saya, Tuhan buka pintu hati saya untuk datang ke sini," katanya yang tinggal di Indera Sempurna, di sini.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Presiden Celcom Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad.
Baucar bernilai RM50,000 itu boleh digunakan di 20 premis perniagaan pelbagai kategori termasuk pasar raya besar, pakaian, barangan elektrik dan gajet.
Mohd. Khairul berkata, hadiah tersebut dianggap rezeki terpijak kerana sejak 10 tahun menggunakan perkhidmatan Celcom, dia tidak pernah memenangi sebarang peraduan.
"Setiap bulan, saya akan membelanjakan lebih daripada RM200 untuk membeli kad prabayar Celcom. Tidak sangka pula setia saya pada Celcom membawa tuah," katanya.
Jelasnya lagi, hadiah tersebut turut dijadikan hadiah ulang tahun kelahiran isterinya pada 21 November ini.
.
3 Penyokong CHELSEA:
sangat berbaloiii
ya allah rezeki dia tu.........kalau kita dapat kita fengsan 5 hari tau..hahaha
@Puan tia Jgn pengsan, terus gi shooping ;)
Post a Comment